Sunday, March 14, 2010
Sunday, February 28, 2010
Hospital Panel IMAT
- Kedah Medical Centre, Alor Setar
- Putra Medical Centre, Alor Setar
- Strand Hospital Retirement Home Sdn Bhd, Sungai Petani
- Metro Specialist Hospital, Sungai Petani
Pulau Pinang (10)
- Pusat Pakar Perubatan Bagan, Butterworth
- Bukit Mertajam Specialist Hospital
- Gleneagles Medical Centre
- Hope Children Hospital
- Hospital Pantai Mutiara, Bayan Baru
- Hospital Lam Wah Ee
- Loh Guan Lye Specialist Centre
- Penang Adventist Hospital
- Tanjung Medical Centre
- Island Hospital
Perak (9)
- Apollo Medical Centre, Taiping
- Hospital Fatimah, Ipoh
- Ipoh Specialist Centre
- Kinta Medical Centre
- Larut Medical Centre, Taiping
- Hospital Pantai Putri, Ipoh
- Perak Community Specialist Hospital, Ipoh
- Taiping Medical Centre
- Columbia Asia Hospital, Taiping
Selangor (20)
- Ampang Puteri Specialist Hospital
- Arunamari Specialist Medical Centre, Klang
- Assunta Hospital, Petaling Jaya
- Damansara Specialist Centre
- Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam
- Kajang Medical Centre
- Kajang Sentosa Medical Centre
- Kajang Plaza Medical Centre
- Kajang Plaza Medical Centre, Puchong
- Tropicana Medical Centre, Kota Damansara
- Kelana Jaya Medical Centre
- Megah Medical Specialist, Petaling Jaya
- Pantai Klang Specialist Medical Centre, Klang
- Selangor Medical Centre, Shah Alam
- Sri Kota Medical Centre, Klang
- Subang Jaya Medical Centre
- Sunway Medical Centre
- The Tun Hussein Onn National Eye Hospital, Petaling Jaya
- Columbia Asia Medical Centre, Puchong
- Sentosa Specialist Hospital, Klang
Wilayah Persekutuan (17)
- Apollo TTDI Medical Centre, Taman Tun Dr Ismail
- Damai Service Hospital
- Chinese Maternity Hospital
- Damai Service Hospital Melawati, Taman Melawati
- Gleneagles Intan Medical Centre
- Institut Jantung Negara
- Kampung Baru Medical Centre
- Pantai Cheras Medical Centre
- Pantai Medical Centre
- Pantai Hospital Ampang, Pandan Indah
- Pusat Pakar Tawakal
- Hospital Pusrawi
- Sentosa Medical Centre Sdn Bhd
- Taman Desa Medical Centre
- Tung Shin Hospital
- Universiti Malaya Specialist Centre, PPUM
- Lourdes Medical Centre
Negeri Sembilan (6)
- Columbia Asia Medical Center Seremban
- N. Sembilan Chinese Maternity Hospital, Seremban
- Seremban Specialist Hospital
- Nilai Cancer Hospital
- Mawar Renal Medical Centre, Seremban
- Senawang Specialist Hospital
Melaka (3)
- Mahkota Medical Centre
- Pantai Ayer Keroh Medical Centre
- Putra Hospital (The Southern Hospital)
Johor (10)
- Century Medical Centre Sdn Bhd
- Hospital Penawar, Pasir Gudang
- Johor Specialist Hospital, Johor Bahru
- Puteri Specialist Hospital, Johor Bahru
- Medical Specialist Centre, Johor Bahru
- Putra Specialist Hospital, Batu Pahat
- Pusat Pakar Kluang Utama, Kluang
- Hospital Pantai Batu Pahat
- Kempas Medical Centre, Johor Bahru
- Regency Specialist Hospital, Masai
Pahang (2)
- Kuantan Medical Centre
- Kuantan Specialist Hospital
Terengganu (1)
- Kuala Terengganu Specialist Hospital
Kelantan (2)
- Kota Bahru Medical Centre
- Hospital Pakar Perdana, Kota Bahru
Sabah (2)
- Damai Specialist Centre, Kota Kinabalu
- Rafflesia Medical Centre, Penampang
Sarawak (7)
- Normah Medical Specialist Centre, Kuching
- Rejang Medical Centre, Sibu
- Timberland Medical Centre, Kuching
- Columbia Asia Medical Center, Miri
- Kuching Specialist Hospital
- Sibu Specialist Medical Centre
- Miri City Medical Centre
Saturday, February 27, 2010
Kad Perubatan Takaful Ikhlas (IMAT)
Bil hospital yang semakin meningkat adalah satu fakta yang diketahui ramai masa kini. Pembedahan kecil kadang kala memerlukan sehingga puluhan ribu ringgit. Jika anda tidak bersedia, kos ini akan menyebabkan anda berhutang. Tidak seorang pun yang perlu menghadapi keadaan ini.
IKHLAS Medic Assist Takaful, anda tidak perlu risau akan kos rawatan hospital dan hanya perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk pulih. Dari hanya 80 sen sehari, anda boleh memperolehi takaful perubatan berpatutan dan komprehensif dan yang memberikan anda lebih banyak faedah dan had perlindungan yang lebih tinggi.
MENGAPA IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL?
Kad Bantuan Kemasukan Hospital (HA)
Bagi panel hospital yang diluluskan – untuk kemudahan tuntutan
Perlindungan Komprehensif
Perlindungan ini memberi rawatan yang diperlukan yang akan dibayar mengikut caj yang berpatutan dan diterima umum di lokasi di mana anda menerima rawatan.
Jaminan Pembaharuan Sehingga Umur 70 Tahun
Sijil diperbaharui di atas keputusan peserta. Pihak Takaful IKHLAS tidak boleh menolak pembaharuan sijil dan tidak boleh menambah pengecualian di dalam sijil pada masa pembaharuan. Akan tetapi, sijil ini boleh ditarik balik dari pasaran mengikut Syarat Penarik Balik Portfolio.
Tiada Had Tuntutan Setiap Hilang Upaya
Selain daripada Had Tahunan Keseluruhan dan Had Jangka Hayat, tiada had lain yang dikenakan ke atas jumlah tuntutan untuk setiap hilang upaya.
Kadar Sumbangan Uniseks
Sumbangan takaful dikira mengikut umur dan tidak ada perbezaan di antara sumbangan untuk lelaki dan wanita.
Sumbangan Yang Dikenakan
Permohonan adalah berdasarkan umur pada harijadi akan datang dan dicarum setiap tahun pada kadr yang ditentukan semasa pembaharuan. Sumbangan tambahan dicaj kepada orang yang kurang sihat. Sumbangan tidak dijamin dan tertakluk kepada perubahan serta dipantau sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
Permohonan Yang Mudah
Permohonan adalah sangat mudah. Sesiapa yang berumur di antara 19-60 layak memohon. Sijil ini boleh dilanjut kepada anak-anak tanggungan anda yang berumur dari 30 hari hingga 19 tahun (sehingga umur 23 tahun jika pelajar sepenuh masa)
Tiada Ko-Takaful
Berbandingan dengan kad-kad perubatan lain di Malaysia, IMAT tidak membebankan pesertanya untuk berkongsi pembayaran bil-bil hospital. Pihak Takaful IKHLAS akan menguruskan segala-galanya.
Sumbangan Terendah Di Malaysia
IMAT merupakan Kad Perubatan yang paling rendah harganya di pasaran. Ini membolehkan golongan-golongan yang berpendapatan rendah memilikinya.
IKHLAS Wanita Takaful
Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.
Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.
Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Wanita Takaful?
Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lain
Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).
Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.
*Semua faedah lain akan terhenti
Mengapa IKHLAS Wanita Takaful?
Pengeluaran Tunai
Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.
Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.
Faedah Hayat
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.
Faedah Kehamilan*
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.
* dengan pelan A dan B sahaja.
Had Umur dan Penyertaan
Umur Penyertaan : 16 tahun -50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.
Had penyertaan : Pelan A & C – RM50,000.00 Had Sepanjang Hayat, Pelan B & D – RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.
Umur Tamat Tempoh Penyertaan : Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, pada hari jadi berikut.
Syarat Perlindungan : 15 – 49 tahun.
IKHLAS Education Takaful Classic
Pengenalan
Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang. Kami sedia membantu. Untuk itu, kami perkenalkan anda dengan IKHLAS EDUCATION CLASSIC.
Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di masa depan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilihan fleksibel untuk membuat sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education Classic?
Berikan anak anda nikmat perlindungan insurans di saat anda menabung untuknya. Pelan ini dicipta khusus untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda boleh merancang untuk pendidikan mereka seawal yang mungkin. Dengan pelan istimewa ini akan menikmati manfaat-manfaat berikut:-
Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya ditakdirkan berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) kepada anda. Sekiranya kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh berlaku sebelum anak anda mencapai umur lima (5) tahun pada harijadi seterusnya jumlah perlindungan yang akan dibayar adalah seperti berikut:-
Kenapa IKHLAS Education Classic Takaful?
MANFAAT KEMATANGAN
Sebaik sahaja sijil matang, anak anda akan menerima secara sekaligus sejumlah wang, setara dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).
PENGELUARAN WANG TUNAI
Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.
PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.
ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Mereka yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian cemerlang di peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya pada tarikh peperiksaan, sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Manfaat anugerah adalah RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur : 30 hari - 12 tahun (umur pada harijadi berikutnya)
Jumlah had perlindungan : Minimum RM10,000 - Maksimum RM150,000
Tempoh tamat umur penyertaan : Berdasarkan umur peserta antara 18 - 23 tahun
Tempoh perlindungan : 6 - 22 tahun
MENABUNG UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA SAMBIL MENIKMATI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.
IKHLAS Savings Takaful
Pengenalan
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.
Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful?
Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:
• Tahap perlindungan bertempoh
• Akaun Pelaburan
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :
MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH
Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.
Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.
MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.
JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.
Mengapa IKHLAS Saving Takaful?
PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.
PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.
PILIHAN RIDER TAMBAHAN
Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.
PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).
Produk Takaful IKHLAS
Friday, February 26, 2010
Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful
Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
- a) Tabarru' dan Mudarabah
- b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-
Konvensional | Takaful |
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan | Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan. |
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran | Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim. |
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) | * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful. |
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan. | |
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah | Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah. |
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. | Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali |
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. | Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum. |
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' | Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum. |
Memahami Istilah TAKAFUL
Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".
Tujuan Takaful
Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu-membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
Ciri - Ciri Takaful
- Tiada unsur riba
- Tiada unsur gharar (ketidakpastian)
- Tiada unsur maisir (judi)
- Ada tabarru' (derma ikhlas)
- Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)
- Akad yang dipersetujui
Konsep Tabarru'
- Berasal dari perkataan arab bermaksud membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha.
- Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu-membantu.
- Takaful Ikhlas berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'.
- Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.
- Tanpa tabarru' urusan takaful akan ada sifat gharar dan maisir, sama seperti jualbeli insurans.
- Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
- Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Ikhlas bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
- Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
- Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
- Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.
Konsep Al Mudharabah
- Secara Khusus bermaksud perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.
- Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.
- Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.
- Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
- Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
- Mudharabah dibenarkan oleh agama
- Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
- Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
- Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
- Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.
Pengenalan
Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik. Di dalam agama Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan mengwujudkan gabungan unsur kerohanian dan kebendaan di dalam kegiatan harian.
Untuk mencapai kehidupan yang baik di dunia dan akhirat, kita juga perlu membuat perancangan kewangan. Bijak merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga yang sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya, namun ia mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas di dalam kehidupan.
Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan dan pelaburan. Mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada. Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga menghadapi cabaran atau keadaan yang tidak terduga, selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggungjawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.
Kisah Nabi Yusuf a.s
Kisah abi Yusof a.s. membuat perancangan untuk negara Mesir yang menghadapi suasana kegawatan ekonomi akibat kemarau panjang selama tujuh tahun patut diteladani dan dicontohi. Di dalam ayat 43 hingga 49, surah Yusof, Allah s.w.t. menggambarkan contoh usaha manusia membentuk sistem perlindungan menghadapi kemungkinan yang buruk di masa akan datang.
Secara ringkas, ayat ini menceritakan jawapan yang diberikan oleh Nabi Yusof a.s. mengenai mimpi Raja Mesir iaitu menasihatkan mereka supaya sebahagian daripada hasil bercucuk tanam yang diperolehi pada tujuh tahun berikutnya disimpan. Ini adalah kerana selepas tempoh tujuh tahun tersebut, akan berlaku kesulitan (kemarau panjang) yang memusnahkan hasil tanaman mereka. Semestinya, mereka hanya boleh bergantung hidup menggunakan hasil tanaman yang telah dikumpulkan pada tujuh tahun sebelumnya.
Di antara langkah mudah menguruskan kewangan mengumpulkan wang secara sistematik dan seterusnya membuat pembelian secara tunai dan bukannya secara kredit (hutang). Seterusnya, melalui perlindungan takaful keluarga dan takaful am kita dapat merancang untuk menyediakan sumber kewangan yang khusus dan segera seandainya ditakdirkan berlaku malapetaka ke atas diri kita, keluarga kita atau harta-benda kita.
Kenapa Perlu Takaful
- Insan selalu terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan nilai.
- Jenis dan tahap risiko berbeza-beza dari segi nilai mendapatkan semula.
- Risiko atau musibah itu tidak pasti bila akan terjadi.
- Untuk mendapatkan semula keadaan asal Insan perlu berusaha atau berikhtiar menyediakan bantuan.
- Sistem atau saluran bantu membantu dianjurkan dan digalakkan oleh agama.
- Sistem Takaful boleh meringankan beban risiko dan menyambung aktiviti harian.
- Hanya sistem takaful yang ramai dapat membantu yang ditimpa musibah.
- Sistem takaful menguntungkan.
"Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan berkerjasama dalam dosa dan permusuhan"
Hadith riwayat Bukhari
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
"Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu"
Hadith riwayat Ibnu Majah
"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia"
Hadith riwayat Ahmad
"Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit"
Saturday, February 20, 2010
Friday, February 19, 2010
Hijrah Aura Bio Ionize Alkaline Water Filter
Cara yang senang dan murah untuk mendapatkan air beralkali adalah menapis air paip di rumah anda dengan menggunakan:
“ Hijrah Aura Bio Ionize Alkaline Water Filter ”
Ia adalah salah satu produk keluaran syarikat bumiputera dan Muslim. Menggunakan teknologi tempurung kelapa tanpa menggunakan tulang haiwan yang dijamin halal untuk kegunaan semua masyarakat. Ia juga merupakan penapis air yang pertama mendapat sijil pengiktirafal HALAL daripada Jakim.
“ Tahukah anda air yang keluar dari paip rumah anda adalah bersifat asid?? ”
Jangan ragu-ragu lagi, berhijrahlah menggunakan Hijrah Aura Bio Ionize Alkaline Water Filter (HABIAWF).
“ Harga 1 unit adalah RM 1560 ”
Skim bayaran ansuran minima sebanyak RM65 sebulan selama 24 bulan adalah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat. Tiada kadar faedah atau riba.
“Hanya dengan RM65 anda boleh membawa pulang HABIAWF ke rumah hari ini juga”
Fungsi setiap Katrij Penapis/Filter Cartridge
- Filter A:Bio Ceramic- Menapis dan mengasingkan kotoran yang tidak larut seperti pasir dan keladak.
- Filter B: Pre Carbon- Menyingkirkan klorin, warna dan bau.
- Filter C: Silver Carbon- Memecahkan molekul air ke tahap terhalus.
- Filter D:Ionizer- Mengeluarkan air ber ion and tinggi kandungan oksigen.
- Filter E: Alkaline Bio- Menghasilkan air ber pH alkali.
- Filter F: Activated carbon fibre Japan- Karbon fibre yang berfungsi sebagai penghalang baki klorin dan baki bakteria yang terlepas
- A: RM 58 tukar setiap 1 tahun atau jika perlu. Kena basuh selalu bila nampak dah kotor sangat.
- B: RM 98 tukar setiap 1 tahun.
- C: RM 98 tukar setiap 2 tahun.
- D: RM 98 tukar setiap 2.5 tahun.
- E: RM 98 tukar setiap 1.5 tahun.
- F: RM 129 tukar setiap 2 tahun.
Thursday, February 18, 2010
Keburukan Badan Berasid
Kesan Individual Berasid
Kurang bertenaga & mudah penat, mental berserabut, kurang ketajaman mental, sikap negative, kurang minat terhadap kerjaya, lambat sembuh bila sakit, mudah terkena jangkitan, pedih hati, mudah kembung, makanan tidak hadam & kerap sendawa & pundi kencing tidak lawas.
Punca Asidik
- Makanan – Makanan bergoreng, daging, minuman berkarbonat, gula berlebihan, kopi, buah-buahan sprt oren, apple, limau nipis dll
- Gangguan Emosi - sedih, tekanan,marah, takut, bimbang, cemas
- Aktiviti Fizikal – Senaman, sukan, ekspedisi lasak
- Perjalanan – Kapal terbang
- Ubat-ubatan – Tahan sakit, Pneuomonia, Asma, Bronkitis
- Metabolisma – Kegagalan buah pinggang, kerosakan hati, cirit birit
- Peningkatan umur – PH makin menurun, jika umur meningkat
Antara Punca Penyakit Akibat ASID BERLEBIHAN Dalam Badan Manusia
Obesiti
Berpunca daripada makanan berkarbohidrat dan berlemak menjadi fatty asid dan melonggok di bawah kulit, perut dan pinggang bagi lelaki. Manakala perempuan di punggung, peha & buah dada. Organ dalaman tidak dapat bekalan nutrien yang mencukupi dan akhirnya boleh merosakkannya. Mengatasinya dengan mengambil air beralkali (sekitar PH 9~10) di antara 5~8 gelas sehari untuk mengaktifkan buah pinggang. Hati akan memotabolismakan lemak
Kanser
Badan berasid menyebabkan sel rosak dan akhirnya menjadi kanser. Masalah kanser dirawat dengan kimoterapi di mana radiasi akan menambahkan asid dan menjadikannya lebih serius. Meminum air tinggi alkali akan dapat mencegah kanser dengan meneutralkan asid tersebut
Tekanan Darah Tinggi
Penyakit tersebut disebabkan oleh keadaan asidosis dalam tubuh kita yang datangnya dari faktor pemakanan berasid seperti makanan berminyak, berkarbonat dll. Meminum air tinggi alkali boleh menurunkan tekanan darah
Arthritis
Disebabkan longgokan asid di sendi. Makan Aspirin menjadikan lebih asid. Sapuan luar hanya kelegaan sementara. Air tinggi alkali dapat Membantu mengurangkan longgokan asid di sendi
Buah Pinggang
Bahan toksik membebankan buah pinggang menyebabkan Nephritis, Keracunan Uremia dan Penyakit pundi kencing. Toksik menyebabkan darah berasid. Garam asid menjadi batu di buah pinggang. Air alkali dapat membantu masalah ini.
Kebaikan "AIR ALKALI"
Mungkin kita tidak sedar bahawa terdapat sumber semulajadi air alkali. Ia adalah seperti air zam-zam di Mekah atau air banjaran Himalaya atau air pergunungan Alps.
Air alkali telah dibuktikan lebih efektif daripada air biasa untuk menyahkan kumuhan asid dalam badan yang boleh menyebabkan toxemia - punca segala penyakit degeneratif seperti kanser.
Air alkali mempunyai lebih 6 X kuasa menghidrat berbanding air biasa disebabkan oleh kelompok airnya yang kecil. Keadaan ini membolehkan air diserap lebih mudah, dan mampu menghidratkan semua sel badan. Ini akan membantu agar tubuh boleh kembali berfungsi normal dengan kemampuan memperbaiki sendiri bahagian-bahagian tubuh yang bermasalah (Self Healing). Selain dari rasanya yang lebih sedap dari air paip.
Air alkali mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan seperti memperlahankan proses penuaan, memberikan lebih tenaga, mengatasi lebihan asid laktik di dalam tubuh, membekalkan banyak oksigen, tinggi antioksidan (membenteras radikal bebas), mempercepatkan penyembuhan, menjadi penawar & menyingkirkan toksik, anti kanser (sel kanser tidak boleh hidup di dalam keadaan beralkali), membantu mengawal berat badan, kaya dengan mineral magnesium, kalsium, potasium & sodium dan nutrien lebih mudah di serap oleh sel badan
Air alkali membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti membuang batu karang di dalam buah pinggang, penyakit arthritis, penyakit autoimun, penyakit gout, osteoporosis, mengurangkan tekanan darah tinggi, membantu penyakit kanser (kaya dengan antioksidan), stroke, serangan sakit jantung, keradangan, mengurangkan stress kepada sistem eliminasi (buah pinggang, hati & usus) dan banyak lagi.
AIR ZAMZAM
Rasulullah bersabda:
“Air yang paling baik di permukaan bumi adalah air zamzam.”
Air ini bersifat alkali. Tanpa perlu diproses dan ditambah sesuatu, ia merupakan air yang paling berkualiti, suci, bersih lagi berkhasiat.
Jika sesiapa yang pernah ke Mekah, antara makanan kegemaran di sana ialah daging kambing & unta. Pemakanan ini meningkatkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan selepas makan. Biasanya mereka yang bermasalah akan menghadapi tekanan darah tinggi yang berlebihan yang boleh menyebabkan pitam atau pengsan. Tetapi kaum Arab di sana meminum Air Zam-Zam yang tinggi alkalinya yang boleh menurunkan kandungan asid di dalam badan. Dan sebab itulah mereka tiada masalah kesihatan. Air Zam-Zam tinggi Antioksidan.
Ciri-Ciri Orang Beralkali
Sentiasa bertenaga, tidak letih selepas memakan daging, tidur sikit pun segar, kerja melibatkan mental tidak penat, berpandangan positif, ceria, boleh melakukan aktiviti lasak, jarang deman & selsema, tahan alahan, tenang & sihat, pergaulan aktif
Info Ringkas Kajian Air Beralkali
- Reaserch di Jepun pada 1950an; Air Alkali & Antioksidan. Boleh membantu penyakit Arthritis, Pedih Hati, Keletihan, Sistem Penghazaman, Pengaliran darah lembab, Migrain, Mual, Obesiti, Osteoporosis & Stress
- Dr Otto Warberg (pemenang Nobel Prize); Punca Kanser ialah kekurangan oksigen yang terdapat di dalam air rendah alkali. Tiada penyakit Yang boleh wujud di dalam keadaan air yang beralkali.
- In 1965 the Ministry of Welfare of Japan; ‘Announced that alkaline water can prevent abnormal fermentation of intestinal microbes’
- Dr Keiichi Morishita dalam bukunya; “The Hidden Thruth Of Cancer” Keadaan asid bila berlarutan, sel sihat akan degenerate dan akan menjadi kanser. Air alkali dapat membantu mencegah kanser.
- Dr Mona Harison Md (Pengarah Air Antarabangsa); Kanser mati dalam air beralkali, Garam, kopi, nikotin, alkohol & gula meningkatkan kandungan asid dalam badan.
Kepentingan Air
Anda tahu apa komponen utama di dalam badan manusia? 2/3 atau 72% badan manusia adalah terdiri daripada air, Manakala 90% daripada air adalah kandungan oksigen. Bagaimana dengan organ dalaman? Ini jawapannya…
- Ginjal = 85% air
- Darah = 82% air
- Kulit = 80% air
- Otot = 75% air
- Otak = 70% air
- Tulang = 22% air
Apakah peranan “AIR” dalam badan manusia?
Bahan Pelarut
Mempergiatkan sistem penghadaman dan meningkatkan kadar pencernaan seperti membantu menyerapan zat-zat dari makanan dan oksigen dengan sempurna ke dalam sel badan.
Pengangkutan
Melancarkan sistem pengedaran dan pembuangan dalam badan serta membantu mengkumuhkan bahan toksin dan bahan asid daripada badan. Ini membantu badan kita supaya sentiasa dalam keadaan segar dan bebas daripada jangkitan penyakit.
Pelindung
Melindungi organ penting di dalam badan dengan membuang toksin serta membantu melicinkan pergerakan sendi-sendi tulang.
Mengawal Suhu Badan
Mengimbangankan suhu badan dan pengaliran darah serta membebaskan kepanasan badan dengan meningkatkan kadar metabolisma dan secara tidak langsung mengurangkan berat badan.
Kesimpulannya, setiap sel di dalam badan kita bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki memerlukan air. Oleh itu, pengambilan air yang mencukupi amat penting. Sebagai contoh, otak kita mengandungi 70% kandungan air. Jika air di dalam badan tidak mencukupi, fungsi otak juga akan tergangu. Kita mungkin akan mengalami sakit kepala atau migrain. Jika tubuh badan kita merasa penat dan sakit kepala, ini mungkin salah satu simptom kita mengalami hidrasi