Friday, February 26, 2010

Pengenalan

Perancangan Kewangan di Dalam ISLAM

Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik. Di dalam agama Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan mengwujudkan gabungan unsur kerohanian dan kebendaan di dalam kegiatan harian.

Untuk mencapai kehidupan yang baik di dunia dan akhirat, kita juga perlu membuat perancangan kewangan. Bijak merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga yang sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya, namun ia mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas di dalam kehidupan.

Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan dan pelaburan. Mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada. Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga menghadapi cabaran atau keadaan yang tidak terduga, selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggungjawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.

Kisah Nabi Yusuf a.s

Kisah abi Yusof a.s. membuat perancangan untuk negara Mesir yang menghadapi suasana kegawatan ekonomi akibat kemarau panjang selama tujuh tahun patut diteladani dan dicontohi. Di dalam ayat 43 hingga 49, surah Yusof, Allah s.w.t. menggambarkan contoh usaha manusia membentuk sistem perlindungan menghadapi kemungkinan yang buruk di masa akan datang.

Secara ringkas, ayat ini menceritakan jawapan yang diberikan oleh Nabi Yusof a.s. mengenai mimpi Raja Mesir iaitu menasihatkan mereka supaya sebahagian daripada hasil bercucuk tanam yang diperolehi pada tujuh tahun berikutnya disimpan. Ini adalah kerana selepas tempoh tujuh tahun tersebut, akan berlaku kesulitan (kemarau panjang) yang memusnahkan hasil tanaman mereka. Semestinya, mereka hanya boleh bergantung hidup menggunakan hasil tanaman yang telah dikumpulkan pada tujuh tahun sebelumnya.

Di antara langkah mudah menguruskan kewangan mengumpulkan wang secara sistematik dan seterusnya membuat pembelian secara tunai dan bukannya secara kredit (hutang). Seterusnya, melalui perlindungan takaful keluarga dan takaful am kita dapat merancang untuk menyediakan sumber kewangan yang khusus dan segera seandainya ditakdirkan berlaku malapetaka ke atas diri kita, keluarga kita atau harta-benda kita.

0 comments:

Post a Comment