Saturday, February 27, 2010

Produk Takaful IKHLAS





* Takaful IKHLAS memiliki Model IKHLAS yang mampu memberi pulangan yang optimum kepada peserta-peserta pelan takaful. Ini dijelaskan di dalam model tersebut, semua peserta pelan keluarga mesti terlibat secara langsung dalam Model IKHLAS ini. Setiap sumbangan caruman peserta akan terbahagi kepada PIA dan PRIA. Kedua-dua bahagian ini dilaburkan (dalam insurans konvensional, jika ada keuntungan dari pelan tambahan (PRIA), keuntungan tidak diagihkan kepada peserta atau pencarum). Dengan Model IKHLAS, PIA dan PRIA akan dilaburkan, ini memberikan banyak keuntungan kepada peserta, selain peserta dapat perlindungan, peserta juga dapat simpanan serta peserta juga dapat melakukan amal jariah secara istiqomah. Ini kerana di seluruh Malaysia, setiap bulan pasti ada di kalangan peserta takaful yang ditimpa musibah. Maka tuntutan dibayar. Tuntutan ini datangnye dari duit semua peserta takaful mengikut nisbah yang diagih secara profesional. Ini amat bermakna jika kita atau peserta yang ditimpa musibah dapat dibantu dengan wujudnya sistem takaful ini.

0 comments:

Post a Comment