Makna Takaful
Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".
Tujuan Takaful
Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu-membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

Ciri - Ciri Takaful
- Tiada unsur riba
- Tiada unsur gharar (ketidakpastian)
- Tiada unsur maisir (judi)
- Ada tabarru' (derma ikhlas)
- Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)
- Akad yang dipersetujui
Konsep Tabarru'
- Berasal dari perkataan arab bermaksud membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha.
- Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu-membantu.
- Takaful Ikhlas berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'.
- Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.
- Tanpa tabarru' urusan takaful akan ada sifat gharar dan maisir, sama seperti jualbeli insurans.
- Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
- Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Ikhlas bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
- Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
- Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
- Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.
Konsep Al Mudharabah
- Secara Khusus bermaksud perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.
- Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.
- Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.
- Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
- Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
- Mudharabah dibenarkan oleh agama
- Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
- Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
- Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
- Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.
0 comments:
Post a Comment